Wednesday, December 8, 2010

FAQ's tentang CD

1) Bagaimana nak pre-wash CD?

  • Pre wash ataupun basuhan kali pertama.. Basuh Cloth Diapers (CD) baru anda menggunakan sabun yang tiada pelembut, bahan kimia, peluntur dan tidak panas pada tangan (Cadangan saya Kuat Harimau ataupun pureen had).
  • Jika anda menggunakan mesin basuh, gunakan Laundry Bag supaya CD anda lebih tahan lama.
  • Kemudian jemur CD anda di bawah cahaya matahari atau, jemurkan di dalam rumah.
  • Ulangi proses ini sebanyak 3 kali supaya insert anda memiiliki lebih kuasa penyerapan.


2) Bagaimana nak basuh CD apabila bayi buang air kecil?

  • Keluarkan insert dari CD, bilas CD dan insert sehingga tiada bau air kencing.
  • Masukkan ke dalam Laundry Bag dan masukkan ke dalam mesin basuh.


3)  Bagaimana nak basuh CD apabila bayi buang air besar?

  • Pancutkan air paip ke arah CD supaya najis tanggal. (Lakukan di mangkuk tandas)
  •  Keluarkan insert dari CD.
  • Gosokkan CD dengan sabun sehingga hilang warna dan bau. (Tidak digalakkan menggunakan berus kerana dikhuatiri material microfleece rosak)
  • Lakukan perkara yang sama kepada insert.
  • Kemudian, masukkan ke dalam mesin basuh.
  • Biasanya, warna najis pada insert tidak hilang. Jangan risau, jemurkan di bawah cahaya matahari, dan lihat hasilnya nanti. Tiada kesan yang tinggal!

 4) Jika dirumah pengasuh,apa yang perlu saya pesankan kepada pengasuh?

  • Jika bayi hanya membuang air kencing, simpan sahaja ke dalam beg plastik tanpa membasuhnya.
  • Jika bayi membuang air besar, minta pengasuh bayi anda membuang najis ke dalam mangkuk tandas dengan menggunakan pancutan air. (Tidak perlu menggunakan sabun) 
  • Kemudian masukkan ke dalam bag plastik atau wetbag.
  • Sampai di rumah, anda perlu lakukan kaedah seperti arahan (3) di atas.

SENANG JE KAN PENJAGAAN CD NI...MESIN JE YG BYK WAT KEJA SEBENARNYA..hihi..kite sidai n tgu kering jei! ^__^
selamat ber-CD-ing...!

No comments:

Post a Comment